MENGENAI SAYA

My photo
Pengasas Rawatan Alternatif Qalbun Rahmah. Pengamal kaedah rawatan alternatif fizikal dan spiritual. 09-9554930 / 019-9123963 (HOT LINE) / 012-9561020 Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Wednesday, December 3, 2008

TAZKIRAH

1.SEJARAH SOLAT LIMA WAKTU.

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT. Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat
kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu: kerana Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua: Kelam dengan air laut. Rakaat ketiga: Kelam dengan malam. Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu: Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun. Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun.


2. KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN.

Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim)

* Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.
* SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi)
* SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur.
* Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga. (dipetik dr ambuyat el-binangkit)



3. DARJAT PEMBACA Al-QURAN 

(1). Jutawan         -   membaca 300-1000 ayat sehari.
(2). Jayawan        -   membaca 200-299 ayat sehari.
(3). Setiawan       -   membaca 100-199 ayat sehari.
(4). Pemelihara   -   membaca 50-99 ayat sehari.
(5). Yang Ingat     -   membaca 10-49 ayat sehari.
(6). Yang lalai      -   membaca 0 – 9 ayat sehari.

(Petikan dari buku HIDUP BERTAQWA oleh Dato' Ismail Kamus)


 4. HIKMAH  BERWUDUK

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika  membasuh kepala,  berniatlah  kamu  dengan, "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari  di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal diatas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat" Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah selalu.


5. BAYAN SYED AHMAD KHAN PAKISTAN JANUARI 1991 
MENGENAI WANITA

1. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang wali.

2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.

3. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

4. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

5. Isteri yang lihat suami dengan kasih sayang dan suami lihat isteri dengan kasih sayang Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

6. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar pada jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih dahulu daripada suaminya, akan jadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan menunggu suaminya dan menunggau kuda yang dibuat daripada Yakut.

7. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah s.w.t. akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. bagi 12 tahun pahala ibadat.

8. Wanita yang perah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

9. Wanita yang uli / kamil tepong dengan Bismillah Allah s.w.t. akan berkati rezekinya.

10. Wanita yang menjaga solah, puasa dan taat pada suami Allah s.w.t. akan izinkannya memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

11. Wanita yang hamil akan dapat pahala
· Berpuasa pada siang hari dan
· Beribadat pada malam hari.

12. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas, manakala wanita yang picit suaminya bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

13. Seorang suami yang redha akan isteri ketika meninggal dunia, Allah s.w.t. mewajibkan syurga bagi isterinya.

14. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

15. Jika suami mengajar isterinya satu masaalah (agama) akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

16. Di syurga semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t. Sedang semua manusia sibuk hendak berjumpa dengan Allah s.w.t., tetapi Allah s.w.t. akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purda di dunia ini dengan istiqamah (tetap). Antara kelebihan berpurdah ialah;

· Allah swt. akan tingkatkan Nur pada wajah, 13 kali ganda daripada wajah asli. Kecantikan wajah seseorang wanita terletak bila Allah swt. beri nur wajah ini.

· Manafaat di dunia dengan memakai purda sepenuhnya. Di syurga Allah swt. beri 70 kali ganda kecantikan La'ibah ketua bidadari. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat dari Allah swt.

· Hadhrat Fatimah r.a berkata kepada Rasulullah s.a.w; "Wahai Rasulullah s.a.w, jika seseorang itu dapat menjaga auratnya adalah manis daripada madu tetapi untuk mengamalkannya adalah lebih halus daripada seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah payah.

· Hadhrat Fatimah r.a dapat menjaga auratnya dengan sepenuhnya hingga di akhirat kelak apabila ia hendak melintasi titian Sirat, Allah swt. memerintahkan semua orang supaya tunduk dan berpaling pandangan mereka dari melihat Hadhrat Fatimah r.a. Beliau sungguh memandang berat pada aurat hingga beliau meninggal dunia maka kebumikanlah di waktu malam supaya tiada siapa dapat melihat samaada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau rendah.

17. Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian laki-laki yang bukan muhrimnya atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan pada orang lain, maka dia tidak akan mencium bau syurga.

18. Seorang wanita yang menyambut baik suaminya yang datang dengan kemarahan, Allah s.w.t. berikan padanya ganjaran setengah pahala jihad.

19. Allah s.w.t. berkati dalam rezeki apabila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

20. Allah s.w.t. melaknat wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

21. Kepada wanita yang tidak menutup aurat, Allah s.w.t. berfirman: hiduplah dengan apa yang kau suka.

22. Nabi s.a.w. bersabda: "Tiga orang yang tidak diterima shalat / sembahyangnya (tidak diberi pahala shalatnya) dan tidak diangkat kebajikan mereka kelangit ialah:-
· Seorang hamba yang lari dari tuannya sehingga dia kembali.
· Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehingga suaminya redha.
· Orang yang mabuk hingga dia sedar kembali.

23. Seorang wanita yang membersihkan rumahnya dengan berzikir pahalanya seolah-olah ia membersihkan kaabah. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu di Baitullah.

24. Ibadat bagi malam hari dan siang hari seperti puasa bagi wanita yang mengandung.

25. Selepas seorang wanita melahirkan anak, Allah s.w.t. sediakan pahala 70 tahun sembahyang dan puasa. Setiap kesakitan pada satu-satu uratnya melahirkan anak itu, Allah s.w.t. memberi satu pahala haji mabrur.

26. Apabila seorang wanita meninggal dunia ketika melahirkan anak, dia dikira mati syahid.

27. Apabila seorang wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar, Allah s.w.t. memberi pahala 1 tahun sembahyang dan puasa, akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

28. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh iaitu 2½ tahun, malaikat dari langit datang membawa khabar gembira iaitu Allah s.w.t. mengurniakan / wajib syurga baginya.

29. Apabila seorang wanita memberi makan dengan taat, tanpa khianat kepada suaminya yang pulang dari musafir, maka Allah s.w.t. memberikannya 12 tahun ibadat / solat nafil.
"Orang laki-laki itu menjadi tulang punggung (penanggungjawab) bagi wanita." (Al-Hadis) Ertinya, bahawa mereka (laki-laki) itu menguasai urusan kaum wanita dan mendidiknya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik wanita adalah apabila dia engkau pandang, maka dia mengembirakan, bila engkau perintah dia taat, dan bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula akan kehormatan dirinya."

Anas Bin Malik, meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang apabila mengerjakan solah lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki." (HADIS RIWAYAT ABU NAIM)

Abdurrahman Bin Auf r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang laki-laki yang tidak soleh dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutuplah baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya delapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab / hitung."

Siti Aishah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidaklah seseorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu dan pada hari pertama haidnya membaca Alhamdulillahi alaa kulli wa astaghfirullah (segala puji bagi Allah s.w.t. dalam segala keadaan dan saya mohon ampun kepada Allah s.w.t. dari segala dosa.) Maka Allah s.w.t. menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shirathul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah s.w.t. mengangkat keatasnya darjat, seperti darjatnya empat puluh orang yang mati syahid."

Termasuk dosa besar adalah seorang perempuan yang telah bersuami keluar dari rumahnya tampa seizin suaminya, biarpun dia keluar kerana kematian salah seorang dari kedua orang tuanya.

Di dalam kitab Al-Ihya diceritakan sebuah kisah, bahawa pada masa Nabi s.a.w. ada seorang laki-laki yang akan berangkat berperang, yang berpesan kepada isterinya: "Hai isteriku janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini, sampai aku kembali pulang."

Secara kebetulan, ayahnya menderita sakit, maka wanita tadi mengutus seorang laki-laki menemui Rasulullah s.a.w. Rasullullah s.a.w. bersabda kepada utusan itu: "Agar dia mentaati suaminya". Demikian pula si wanita, mengutus utusan tidak hanya sekali sehigga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumah.

Maka ayahnya pun meninggal dunia dan dia tetap tidak melihat mayat ayahnya dan dia tetap sabar. Sehingga suaminya kembali pulang. Maka Allah menurunkan wahyu kepada Nabi s.a.w. yang berbunyi: Maksudnya: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengampuni wanita tersebut, disebabkan ketaatannya kepada suaminya."



6. NAMA-NAMA DAN PEKERJAAN IBLIS

Lafaz "syaitan" sebenarnya berlaku untuk golongan jin dan manusia yang melampaui batas dan mem bangkang terhadap hukum-hakam Allah. Orang Arab kadangkala menamakan "ular" sebagai syaitan, kerana ia membangkang, cepat bergerak dan amat membahayakan.

Allah SWT menyebutkan bahawa pohon "Zaqqum" bagaikan kepala syaitan. Pohon Zaqqum adalah pohon yang tumbuh di dasar neraka sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Muncungnya bagaikan kepala syaitan."
(Ash-Shaffat: 65)

Imam Farra mengatakan: Ada tiga sebab sehubungan dengan nama pohon tersebut iaitu:

a. Allah membuat perumpamaan muncung Zaqqum dengan kepala syaitan kerana rupanya yang buruk dan hodoh.

b. Orang Arab menamakan sebahagian ular dengan syaitan kerana mempunyai perangai buruk.

c. Konon kerana pohon Zaqqum itu amat jelik maka ia disamakan seperti kepala syaitan. 

1. Iblis Zailatun

Iblis Zailatun bekerja untuk menjerumuskan para pedagang di pasar agar berdusta, mengurangi timbangan. Menimbulkan pertengkaran di antara para pedagang dan melakukan tipu daya kepada para pedagang agar berbuat curang daIam akad jual beli, dengan rayuan agar cepat kaya.

Ajaran iblis tersebut jelas bertentangan dengan syariat, merosakkan ekonomi, dan menimbulkan perselisihan di antara para pedagang dengan pembeli. Seterusnya memperkaya si pedagang dan merugikan si pembeli, yang akhirnya menimbulkan malapetaka dan kesengsaraan.

Jika rayuan iblis Zailatun ini diikuti oleh para pedagang, jadilah mereka orang kaya yang menghisap pembeli dan berlakulah kecurangan dalam jual beli.

Iblis Zailatun bertindak dengan berbagai cara, antara lain:

- Menjerumuskan para pedagang dengan menakut- nakuti mereka jika terjadi bangkrap dalam perniagaannya. Untuk menghindari bangkrap tersebut, iblis Zailatun menjanjikan untung yang besar apabila pedagang berkenaan berlaku curang dalam timbangan dan menipu dalam harga.

- Menjanjikan kepada para pedagang kekayaan yang luar biasa dengan cara yang cepat dan mudah menerusi penipuan di dalam timbangan dan harga.

Allah SWT memberi ancaman ke atas orang-orang yang mengikuti langkah-langkah iblis Zailatun dengan neraka jahannam sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (iaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain. mereka mengurangi. Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi " Al-Muthaffifin:



7. KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan disisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggung jawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat :"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith ) Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1- Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar, Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 :tiga puluh lapan) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 :40-41)
1.2- Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib(menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :menakutkan anak-anak dengan sekolah menakutkan dengan tempat gelap menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra': "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(MaksudAl- Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah dirumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan kedua belas: Bertengkar di depan anak-anak. Iniakan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketiga belas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempat belas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelima belas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
(Dipetik dari ambuya el binangkit)



8. KEKUATAN DOA DAN KEBERKESANNYA

Setiap individu yang mempercayai wujudnya kuasa yang agung iaitu Tuhan pasti mengamalkan doa. Doa secara sederhana merupakan suatu bentuk spirituality yang secara tidak langsung merupakan salah satu bentuk penyembuhan. Dalam bidang kedoktoran naturopati, bentuk penyembuhan dengan doa dikenali sebagai Distance Healing.

Doa adalah kegiatan pemusatan perhatian, berkonsentrasi secara penuh. Hal ini akan menghantar beberapa bentuk energi ke dalam tubuh (energi metabolik, energi bio elektrik, energi bio fotonik, energi magnetik) sekaligus akan meregulasi sistem dalam tubuh manusia. Dalam satu kajian ’God in the laboratory’ bentuk-bentuk energi tersebut berkesan sebagai berikut:

ENERGI METABOLIK terletak dan terbentuk dalam sel akan berfungsi sebagai bahan bakar dalam tubuh, meningkatkan fungsi dasar proses dalam sel. Keutamaan energi ini untuk mengatur regenerasi sel-sel tubuh sehingga ketahanan tubuh meningkat.

ENERGI BIO ELEKTRIK terletak dalam alur transmisi sel-sel susunan saraf dan sel otot di seluruh tubuh. Energi ini akan meningkatkan sistem komunikasi antara sesama sel tubuh(regulasi otonomik) sehingga pergerakan sel terutama pada sel darah akan lebih baik dan maklumat yang disalurkan oleh sel otak akan lebih optima sehingga kewaspadaan seluruh sel tubuh lebih terjaga.

ENERGI BIO FOTONIK terdapat dalam seluruh inti sel, Berperanan penting dalam mengaturkan sistem PNI(psychoneuro-immunology) yang berfungsi menyeimbangkan psyche(jiwa), neuro(otak) dan immune(kekebalan tubuh). Keseimbangan sistem ini sangat penting untuk menyampaikan pesanan hormonal ke seluruh tubuh.

ENERGI MAGNETIK dalam tubuh berfungsi sebagai energi kehidupan yang terdiri dari lebih kurang enam bentuk energi asas yang mempunyai fungsi dan peranan yang berbeda antara satu sama lain. Secara umum energi magnetik ini akan berperanan sebagai penghantar nutrisi ke jaringan dan organ tubuh, meningkatkan proses pembaikan dan pertumbuhan sel akibat trauma. Energi ini mempunyai peranan yang sangat penting dalam proses melawan penyakit.


Mengikut Dr Endang Kusumawardhani seorang pengamal seni pernafasan dan meditasi Anugerah Agung juga mengatakan bahawa senaman untuk melatih organ-organ tubuh jika disertai dengan olah nafas akan membuat pernafasan berjalan dengan sempurna. Ini kerana otot-otot dan saraf turut beraksi secara serempak sehingga oksigen menjalar masuk ke seluruh sel tubuh. Faktor VO2 Max (volume udara maksima) dapat terpenuhi sesuai tujuan menjaga kesihatan.










No comments: