MENGENAI SAYA

My photo
Pengasas Rawatan Alternatif Qalbun Rahmah. Pengamal kaedah rawatan alternatif fizikal dan spiritual. 09-9554930 / 019-9123963 (HOT LINE) / 012-9561020 Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Wednesday, December 3, 2008

ARTIKEL

KENALI  TERAS  KELOR / GEMUNGGAR  ASLI.

Jika anda seorang yang mahir pasal teras, anda akan tahu jenis teras dengan hanya melihat ira kayu pada permata teras. Mengikut Tuan Sukri, beliau pernah mengalami peristiwa dihadiahkan teras "gemunggal", tok peraih membawa teras "gemunggal" untuk dibuat permata, kawan yang menunjukkan teras "gemunggal",permata "gemunggal" yang dijual dalam internet dan lain-lain lagi. 
Semuanya adalah teras semeru yang berlambak dikawasan kampung.Gambar di bawah ialah contoh pokok gemunggar dan dibawah sekali ialah pokok semeru yang kayunya dijual sebagai teras gemunggar/kelor.


                                                        Daun dan buah gemunggal/kelor

Pokok semeru


Berikut ialah contoh permata teras kelor dan permata teras semeru. Gambar diatas ialah permata kayu semeru, manakala permata dibawah ialah permata kelor/gemunggar yang asli. Diharap dengan penjelasan ini pembeli teras kelor tidak akan tertipu lagi dengan golongan yang tidak bertanggungjawab ini. Kepada penjual yang tidak bertanggungjawab ini, fikirkanlah akan halal dan haram, kerana setiap rezeki yang kita cari pasti akan disoal pada hari hisab nanti.

Permata semeru

Permata gemunggal/kelor


KELEBIHAN TERAS KAYU.

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. 

Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhansemulajadi yang bermanfaat.Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. 

PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihanTeras Gemunggal/Kelor wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid' sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat. Dalam Kidung Sunan Kalijaga & Penelitian Ilmiah ;

Dalam sebuah kidungnya, Sunan Kalijaga menyebut “kayu bertuah” dengan istilah kayu aeng . Sakèhing wisa tawa/Sato galak tutut/Kayu aèng lemah sangar……Yang ertinya : Segenap racun menjadi tawar/Binatang buas menjadi jinak/Pohon ajaib, tanah angker …. dst.. Ertinya, keberadaan energi (positif / negatif) pada kayu-kayu tertentu juga diyakini berdasarkan pandangan mata batin orang-orang yang memiliki indera keenam.

HASIL PENELITIAN tahun 1987-1989 di Fakulti MIPA UGM (Universiti Gajah Mada) oleh drh. Oentoro dkk, dengan Chronometer menunjukkan energi yang terdapat pada “Kayu Bertuah”, besarnya dua kali ganda dibanding energi Tosan Aji atau Pusaka. Jika energi pusaka pada level 50, energi kayu “bertuah” mencapai level 100.
Ketika masih hidup, kayu “bertuah” mengandung zat netrogenium sangat tinggi dan memiliki kekuatan pemancar. Misalnya, Anda ingin selamat dari kejahatan, maka kayu tersebut menjadi pemancar dari niat Anda.

Kayu memancarkan energi (nur / cahaya). Cahaya memiliki frekuensi sangat tinggi dan gelombang molekul ion yang jika dipicu dengan doa, frekuensinya menjadi lebih kuat dan menimbulkan aura. Cahaya rumusnya 328 tahun suara sehingga logik manusia tidak dapat menjangkau.

Kerana itu, walau secara alami kayu “bertuah” sudah memiliki energi, seseorang yang menggunakannya sebagai sarana penyembuhan, jaga diri, membangkitkan energi batin, disarankan tetap memperkuat keyakinannya.
         
         Antara khasiat Teras Gemunggal Qalbun Rahmah :

Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata (atraktif),kebal asid (boleh diuji),benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah

Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat.

Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang 
suami terhadap isteri.

Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki tetapi kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin.

Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga, keempat.

Teras Gemunggal apabila dipakai pada tubuh badan seseorang insyaAllah ia mampu menjadi kebal (atraktif) dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukan)

Teras Gemunggal sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.

Teras Gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat,ahli korporat dll sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki berbagai-bagai keistimewaan tersendiri.

Diguna oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato yang mementingkan keselamatan diri. Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri alami (semulajadi) kekebalan atraktif bagi sesiapa yang memakainya.

"Sesungguhnya Allah SWT yang Maha Berkuasa di atas segalanya"


TERAS GEMUNGGAL / EMUNGGAR / RAMUNGGAR / RAMUNGGAI / MUNGGAI / KELOR / KELO / KILO ( MORINGA OLEIFERA ).

NAMA SAINS BAGI MERUNGGAI IALAH MORINGA OLEIFERA DAN SINONIM DENGAN MORINGA PTERGYOSPERMA. MERUNGGAI JUGA DIKENALI DENGAN NAMA GEMUNGGAL,RAMUNGGAI, REMBUGAI, LEMBUGAI, PEMANGGAI DAN KACANG KELUR. POKOK INI BERASAL DARI INDIA DAN SEKARANG BANYAK DITANAM DI PELBAGAI KAWASAN TROPIKA DAN SUBTROPIKA, TERUTAMA DI ASIA DISAMPING BENUA AMERIKA SEPERTI FLORIDA DI AMERIKA SYARIKAT, MEXICO, PERU, PARAGUAY, BRAZIL, VENEZUELA, HINDI BARAT, KEPULAUAN TURKI DAN CAICOS.

Merunggai mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional. Daun merunggai dikatakan boleh mengubati buah dada yang bengkak, terutama dikalangan ibu yang baru bersalin. Ia diubati dengan cara menyapu daun yang ditumbuk lumat pada bahagian yang bengkak. Bagi memulihkan badan ibu, akarnya ditumbuk dan disapu pada perut ibu yang baru bersalin sebagai bebat. Makanan daripada daun merunggai dan buah merunggai boleh bertindak sebagai pelawas sembelit. Daun dan akar juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit sifilis dan busung darah. Manakala daunnya dimakan untuk mengubati penyakit gonorea.

Dalam perubatan India, akar merunggai digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak atau bisul yang dalam. Daunnya pula dijadikan penawar gigitan anjing, muntah-muntah, dan mengurangkan aliran susu ibu. Di Jawa, akar merunggai digunakan untuk mengubati rasa kebas, penyakit beri-beri, dan pelbagai penyakit kulit. Batang pokok yang luka mengeluarkan sejenis gam yang berguna sebagai ubat di India dan Jawa. Orang India menggunakan gam ini untuk mengubati kelenjar yang bengkak. Orang Jawa pula menggunakan gam ini bagi mengubati sakit usus.

Di kawasan Amerika Tengah, terutamanya di Curacao, akar merunggai sepanjang 15 cm diambil, dicuci bersih dan cecair di dalam akarnya itu dihisap; cecair ini didapati boleh menjadi penawar selesema. Di Guetamala, kulit dan akar yang dihancurkan dijadikan ubat sapu, bijinya dibancuh seperti teh dan diminum untuk melegakan demam panas dan juga pelawas buang air besar. Di Nicaragua dan El Salvador , akar yang kering digunakan sebagai penawar untuk mengubati penyakit malaria dan masalah buah pinggang. Orang Puerto Rico memakan daun merunggai sebagai pelawas buang air besar. Di Pulau Caicos, air rebusan bunga diminum sebagai penawar batuk.

Di Bahamas, air rebusan bunga merunggai ini dicampur dengan limau nipis sebelum diminum untuk tujuan yang sama. Orang Aruba menghancurkan biji merunggai dan menyapunya pada bahagian badan yang ada ketuat untuk mernghilangkan ketuat itu. Di Venezuela, air rebusan biji dan daun merunggai diminum sebagai julap dan untuk mengeluarkan cacing yang ada di dalam perut dan usus. Orang Bahamas dan Jamaica merendam kulit merunggai di dalam alkohol dan menggunakannya sebagai ubat sapu bagi melegakan sakit kepala dan sakit-sakit badan. Orang Curacao merendam akar yang telah dihancurkan di dalam rum dan digunakan sebagai ubat sapu bagi menyembuhkan sakit otot jenis reumatisme.

Pokok Gemunggar/Gemunggal ( istilah Pantai Timur; asal perkataan India ) atau Kilo/Kelo/Kelor ( istilah yang lebih dominan di alam Melayu ) merupakan sejenis pokok yang tidak asing lagi bagi masyarakat di nusantara ( Pattani, Malaysia & Indonesia ). Dikenali juga dengan nama Moltong, Keloro, Kawano, Ongge dan Hau Fo. Ianya banyak di tanam di tepi-tepi rumah atau pondok pengajian dan boleh dijumpai di tepi-tepi jalan terutamanya di kawasan kampung. Daunnya berbentuk bujur telur dengan ukuran kecil-kecil tersusun majmuk dalam satu tangkai. Kelor berbunga sepanjang tahun dengan aroma semerbak, berwarna putih kekuningan dengan tudung pelepah bunganya berwarna hijau. Pucuknya yang masih muda digoreng bersama telur, manakala buahnya (i.e., berbentuk tiga/empat segi panjang) biasa dimasak kari. Batang kayunya getas (mudah patah). Ia asalnya sejenis pokok yang lembut dan tidak berteras.

Teras Gemunggar / Gemunggal atau Teras Kilo / Kelo / Kelor merupakan salah satu daripada jenis teras terpilih yang amat masyhur dengan keberhajatan masyarakat nusantara terhadapnya. Di Indonesia, Teras Gemunggal juga di kenali sebagai Gheli Maronggi ( Madura ) dan Galih Kelor ( Jawa ). Umumnya, terdapat 3 jenis Teras Gemunggal/Kelor berdasarkan asal tempat pokok Gemunggal / Kelor di tanam atau dijumpai, iaitu:

Gemunggar / Kelor Kampung : Urat-uratnya yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Keratan rentas gelang uratnya bersambungan tidak putus dan halus seratnya. Ianya berwarna koko-coklat jika yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua. Warnanya juga akan berubah daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan dan seterusnya menjadi kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam bentuk cincin, gelang tangan dan tasbih untuk berzikir. Jika direndam dalam air, herba daripada terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh. Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan akar pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas. Umumnya, jenis ini timbul jika direndam dalam air.

Gemunggar / Kelor Bukit : Susunan lapisan uratnya sederhana halus (warna koko/coklat) dan terdapat urat bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir sama dengan Kayu Kokka yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya lebih besar daripada jenis yang kampung. Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam dalam air. Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggar/Kelor Bukit yang uratnya seperti jenis yang kampung. 

Gemunggar / Kelor Pulau : Keratan rentas gelang uratnya terdapat putus-putus, halus serat dan uratnya serta berwarna putih / cerah dan kemerahan muda/tua. Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna. Umumnya, timbul jika direndam dalam air. Petua orang tua-tua menyebut “ Pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh di daratan luas ”
Jika dibelah dengan parang/kapak, biasanya Teras Gemunggar / Kilo akan pecah dan serpih dengan tidak menentu, kerana uratnya yang berselirat dan berpusar tanpa ada satu pola yang tetap, walaupun hanya sepotong terasnya yang kecil. Gergaji paling sesuai digunakan jika ingin memotong Teras Gemunggar / Kilo . Ianya juga tidak sesuai dibentuk dengan mengisit menggunakan parang. Ketiga-tiga jenis Teras Gemunggar / Kelor berbeza dari segi urat, serat, berat, warna dan kekerasannya; secara umumnya.

KELEBIHAN TERAS GEMUNGGAR/KELOR.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan utk bertemu dengan pengunjung blog Qalbun Rahmah(QR) semua. Perubahan cuaca yang berlaku bulan Febuari ini menyebabkan saya kurang sihat sedikit namun untuk memastikan pengunjung mendapat maklumat terbaru saya petik fadilat teras kelor untuk anda semua.

Sekiranya pengunjung ingin mendapat kan teras ini bolehlah menghubungi saya 019 9123963. Harga sebiji permata hanya RM150-RM290 (tidak termasuk pos). Pengisian energi boleh dilakukan ke atas permata ini mengikut kehendak pembeli.

Dalam Kitab Ensiklopedia Herba-Herba Sekeliling Kita susunan ‘AQ HA.S, pada mukasurat 100 dinukilkan: Gemunggai: Remunggai, Kelor sejenis pokok besar berdaun kembar halus, dimana pucuknya enak disayur, berkhasiat:

1. Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.
2. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.
3. Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.
4. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin
5. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya.
6. Sakit mata:daunnya 3 ranting kecil dilumat diandunkan dengan 1 gelas air dan heningkan; ditapis dan dititikkan ke dalam mata.
7. Rabun ayam: daunnya 3 ranting kecil dilumat, dituangkan 1 mangkuk air masak dan ditapis; kemudian diandunkan dengan madu 3 sudu, diminum sebelum tidur.
8. Sakit kuning: daunnya 7 ranting kecil dilumat dan dimasukkan 1 gelas air kelapa; ditapis dan diadunkan dengan 7 sudu madu, diminum 3 kali sehari
9. Sengal tulang: daunnya 3 ranting kecil dilumatkan bersama ½ sudu kapur makan, dibuat gosok.
10. Alergi (alahan): daunnya 3 ranting kecil, bawang merah 1 ulas, biji adas dan akar mempelas direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum 2 kali sehari 1 mangkuk kecil
11. Memusnah cacing: daunnya 3 ranting kecil, daun lada 1 ranting kecil dan 3 batang Dukung Anak direbus dengan 2 gelas sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum sebelum tidur
12. Luka bernanah: daunnya 7 ranting kecil dilumatkan ditempel
13. Sukar membuang air kecil: daunnya 3 ranting kecil dilumat dan diperah dicampur dengan perahan air mentimun atau lobak Merah, sama banyak antara ketiga; diadun dan dicampur 1 gelas air dan ditapis; diminum 3 kali sehari
14. Menjauhkan dari kecurian: bila meletakkan terasnya dalam rumah atau dalam kenderaan, insyaAllah
15. Sengal tulang: daun mudanya diremuk dicampur kapur makan, digosokkan
16. Bengkak: daun mudanya diremuk dan ditempelkan ditempat sakit.
17. Mengurangi rasa sakit: Untuk keduanya- daun mudanya diremuk dan ditempelkan di tempat sakit. Juga kulitnya diremuk dan dicampur sedikit kapur makan, ditempelkan
18. Pitam, pengsan (Epilepsi): akarnya diasah dibuat basuh kepala
19. Busung (Odeem):akarnya dan kulit serta akar pepaya dilumat dicomor
20. Beri-beri:akarnya direbusdan diminum
21. Kencing Bernanah (Gonorrhoea): akar dan daunnya direbusdan diminum setiap 3 jam sekali
22. Kurap: daunnya digosokkan dengan kapur
Dan pada muka surat 135…
Kelor: Gemunggai, Remunggai, Merunggai
Sejenis pokok yang mempunyai khasiat yang agak ganjil:
1. Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum
2. Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum
3. Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu
4. Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul
5. Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis
6. Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum
7. Digigit ular,lipan: Terasnya diasah dan dicomor pada tempat yang kena gigit.
(Dipetik dr zamrudtech)

PERMATA TERAS KAYU CAMPUR.

Alhamdulillah bertemu lagi kita pada kali ini setelah kesibukan yang begitu mendesak menguasai diri saya. Persekolahan yang mulai berjalan lancar memberi ruang kepada saya untuk bertemu dengan pengunjung semua.

Kali ini Qalbun Rahmah menawarkan satu produk yang amat sukar diperolehi dewasa ini, iaitu permata cincin/loket campuran pelbagai jenis teras kayu. Saya terpanggil untuk menghasilkan barangan ini apabila melihat kesan sejenis kayu yang mampu melembutkan hati binatang iaitu kucing saya sendiri. Sebelum ini kucing saya cukup garang dan tidak boleh dibuat bergurau langsung tetapi bila diletakkan kayu ini padanya ia menjadi begitu jinak dan boleh dibuat bergurau, alhamdulillah...

Oleh kerana saya mempunyai pelbagai jenis teras kayu sebagai koleksi saya, timbul keinginan dihati saya agar orang ramai jugak sepatutnya mendapat manafaat kayu yang berenergi alami ini. Alhamdulillah saya telah bertemu dengan seorang tukang yang mahir menghasilkan permata jenis teras kayu. Antara jenis teras kayu yg dicampur ialah teras kilo/gemunggar(darat dan tepi laut), teras pisang tenggala, teras betik, teras sudu, teras keluat merah, kayu citamani darat dan laut, kayu ular, buluh tumpat, teras kedondong, raja kayu asli, teras laka, kelapa buta, kayu tas betina dan jantan, teras kekabu, teras sagu, kayu penunduk, kemuning hitam, kelapa ditebuk tupai 3 kali, kayu belian dan serbuk 100 jenis teras kayu yang lain.


Contoh permata campur Qalbun Rahmah.


FADHILAT TERAS KAYU.

Sesetengah pendapat menyatakan pengetahuan tentang khasiat dan fadilat teras kayu bermula pada zaman Nabi Adam a.s lagi. Allah telah mengurniakan pengetahuan tentang teras kayu sebagai penawar kepada Nabi Adam a.s. sedangkan malaikat tidak mengetahuinya.

Ini menunjukkan banyak kelebihan yang Allah berikan kepada bangsa manusia. Terdapat teras-teras dan kayu yang mempunyai fadilat semulajadi diluar jangkaan fikiran kita. Ada teras yang menjadi penawar racun dan bisa, memberi kesan kepada tubuh badan kita dari kekuatan urat dan kulit dan yang boleh memudaratkan lawan. Setiap teras dipercayai mempunyai 41 jenis fadilat dan sebahagian kecil sahaja yang diketahui oleh manusia.

Kebanyakan senjata dulu seperti keris, pisau, badik lembing ulu dan sarungnya diperbuat daripada teras-teras kayu yang bermutu dan terpilih. Teras-teras yang biasa menjadi pilihan pendekar ialah teras yang boleh dijadikan penawar seperti kemuning hitam, kemuning kuning, penawar hitam, guni hitam, abanuh dan lain-lain lagi. Sebabnya bila tercedera pendekar tadi dapat mengubatinya dengan cepat dan pantas.

Selain teras yang boleh menjadi penawar ada juga teras dan kayu yang berbisa dan tidak boleh diguna sebarangan seperti kayu rengat, sulur bertam dan lain-lain. Banyak cara yang digunakan oleh orang-orang dulu untuk mendapatkan maafaat teras. Ada yang buat senjata,tongkat, tasbih, mata cincin, ikat pinggang, minum air rebusan teras dan lain-lain.

Teras kayu dalam tasbih
Penggunaan tasbih berkait rapat dengan agama terutama dalam agama Islam dan digunakan untuk berzikir. Penggunaa tasbih semasa berzikir membolehkan perbuatan zahir selari dengan perbuatan hati dan ini dapat mengelakan kita dari terlalai. Nabi kita pernah menggunakan biji tamar semasa berzikir.

Kenapa tasbih teras kayu?...ulama berpendapat, daripada plastik lebih baik kayu, batu dan teras kayu. Maka lebih baik batu dan teras kayu kerana ia hidup. Energi positif lebih mudah diisi pada benda-benda yg asli dan hidup juga. Wallahuaklam.

PETUA ORANG TUA

* Petua Kecantikan Semula Jadi Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

* Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.

* Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

* Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

* Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

Ikuti sambungan seterusnya selepas ini...
(Dipetik dari QSalim HC)

KELEBIHAN AIR ZAM ZAM

“Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah Air Zam-zam, ianya mengenyangkan dan menyembuhkan penyakit” (HR Bukhari & Muslim)

Keberkatan Air Zam-zam:
• Menyembuhkan segala penyakit
• Penarik segala hajat mengikut niat
• Gantian makanan yang mengenyangkan
• Membantu sistem peredaran darah
• Membantu mengatasi gangguan migren dan vertigo
• Membantu mengatasi gangguan asthma dan bronkhitis
• Membantu mengatasi sinusitis
• Membantu meningkatkan kemampuan libido
• Membantu mengatasi reumatik dan sakit urat
• Mengaktifkan sel-sel dan meningkatkan metabolisme
• Mengurangi risiko kanser akibat radikal bebas
• Membantu menghilangkan bau badan
• Membantu membuang racun dalam darah
• Membantu mengatasi penyakit jantung koroner
• Membantu mengatasi masalah darah tinggi ataupun darah rendah
• Membantu mengatasi gangguan pencernaan, fungsi hati dan lambung
• Membantu mengatasi gangguan susah tidur

Adab Minum Air Zam-zam

• Guna tangan kanan untuk minum
• Mengadap Qiblat
• Bernafas sekali di luar bekas
• Baca Bismillah
• Minum seteguk dan ucap Alhamdulillah
• Bernafas sekali lagi di luar bekas
• Baca Bismillah
• Minum seteguk dan ucap Alhamdulillah
• Bernafas sekali lagi di luar bekas
• Baca Bismillah
• Minum seteguk dan ucap Alhamdulillah
• Berdoa
Akhir Kata :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib kita, melainkan kita sendiri yang mahu berubah "

"Berusaha, Berdoa dan Bertawakkal"




2 comments:

Nur haura afeeya said...

Salam

Nur haura afeeya said...

Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
�� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................

Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570