MENGENAI SAYA

My photo
Pengasas Rawatan Alternatif Qalbun Rahmah. Pengamal kaedah rawatan alternatif fizikal dan spiritual. 09-9554930 / 019-9123963 (HOT LINE) / 012-9561020 Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Tuesday, July 25, 2017

SENJATA FAKIR ~ PEMUSNAH TANPA PENAWAR

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw yang mulia lagi diberkati. Pada kali ini Tok ingin berkongsi satu keilmuan yang amat sukar untuk ditemui kerana ia tidak begitu banyak disebarkan oleh para guru yang mursyid. 

Hal ini kerana untuk mengamalkan keilmuan ini, ia memerlukan tatacara tertentu dan tidak boleh dipermain-mainkan. Ilmu yang Tok maksudkan ialah  " ILMU SENJATA FAKIR " !!!
(Sesiapa yang menzalimi, menganiaya, menipu dan lain-lain jika pemilik ilmu ini "menuju" kepadanya, musibah yang datang kepada si penzalim tersebut tidak akan dapat disembuhkan selama-lamanya kecuali meminta maaf  dan ampun kepada orang yang dizalimnya )



Ilmu senjata faqir ianya adalah satu nama yang sudah tidak asing lagi dikalangan peminat ilmu hikmat. Pada pada zaman dahulu ia adalah merupakan pakaian rahsia bagi alim ulama, raja, panglima, pendekar dan orang-orang besar. Bahkan boleh dikatakan ia tidak berada ditangan orang awam. Alhamdulillah mutakhir ini keilmuan ini sedikit sebanyak telah dibuka walaupun syaratnya agak ketat untuk dipelajari.

Ilmu ini juga diketahui mempunyai pelbagai nama dan pelbagai versi mengikut tujuan dan khasiatnya. Seperti nama kipas lanun, doa syatit, kipas nandong, seligi botol, panah malam, kipas nandong dalam senandong, anak panah berangkai senjata fakir 3 beradik, , qulhu pembinasa, pedang seri sakti, lembing berantai dan lain-lain lagi.

Dikatakan oleh guru yang arif senjata faqir ada kelas-kelasnya misalnya  kalau yang kelas A, mangsanya akan terus tumbang menemui ajal ( dengan izin Allah), jika yang kelas B, boleh membawa maut tapi lambat sedikit, manakala kalau yang kelas C pula kesannya teruk juga tapi lambat laun membawa maut.

Implikasi senjata faqir sangat berbahaya jika ia tidak segera diubati malah ada yang tidak dapat diubati kerana ia merupakan pembalasan dari Allah swt khususnya kepada orang-orang yang sangat zalim sehingga boleh membawa maut. Sebab itulah ada pesanan dari para ulama supaya berhati-hati menggunakannya. Seperti pesanan dari Syeikh Ahmad Addairobi dengan katanya ‘barangsiapa yang membunuh dengan doanya , maka samalah seperti dia membunuh dengan pedangnya’ besar sekali dosanya membunuh orang tanpa hak. Dan lagi seperti pesanan Syeikh Ahmad B Ali Albuni, ‘takutlah kamu kepada Allah dan jadilah pemaaf’.

Oleh yang demikian besarlah harapan Tok agar sesiapa sahaja yang mendapat ijazah dari Tok akan menggunakan keilmuan ini sebaik-baiknya. Biasanya sebagai guru kami juga akan mendapat tempias jika graduan-graduan kami melakukan sesuatu perkara yang tidak elok. Wallahuaklam.


HUBUNGI GRAND MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI KEILMUAN DI ATAS DI TALIAN : 09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963

Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA
Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 ) 

No comments: