Assalamualaikum wbt dan salam ceria untuk anda semua.
Alhamdulillah di penghulu hari ini Tok berkesempatan sekali lagi mencoret sepatah dua kata setelah sekian lama tidak mencoret di muka blog QR ini. Bagi sesiapa yang ingin menghubungi Tok secara langsung anda boleh add pada wassap Tok menggunakan no ini : 019-9123963
Sempena hari guru esok marilah sama-sama kita mendoakan insan yang banyak berjasa kepada kita ini. Tanpa mereka kita tidak mungkin menjadi insan seperti sekarang. Selepas ibu bapa, gurulah insan yang wajib kita hormati dan sayangi...Terima kasih cikgu...
Doa untuk para guru, bekas guru2 kita dan
para sahabat sahabat yg brgelar guru…
"Ya Allah inilah guru guru kesayangan
kami
Inilah guru guru kami dunia dan akhirat..
Ya Allah sayangi lah juga guru guru kami
ini sebagaimana mereka menyayangi dan mendidik kami dengan tekun dan sabar
ikhlas kerana Mu ya Allah...
Ya Allah tambahkan lah rezeki guru guru
kami dan berkatkanlah umur mereka sebagaimana mereka telah mendidik dan
mengajar kami sebagaimana kejayaan yang kami perolehi kini dengan izin Mu ya
Allah yang maha pemurah dan. Maha pemberi kelebihan...
Engkau kurniakan kesihatan keceriaan
kebahagian dan keselamatan sepanjang baki baki umur guru guru kami ya Allah...
Ya Allah yang maha penerima taubat dan tuan
punya syurga...
Engkau tempatkan lah roh guru guru kami
yang telah pergi menemui Mu bersama sama hamba Mu yang soleh dan solehah dan
para nabi nabi kekasih Mu...
Kau jadikan lah kubur kubur mereka sebagai
taman taman syurga tempat kerehatan abadi kerana merekalah yang selalu menemani
kami di kelas kelas kami sebagai raudah mu semasa mereka hidup didunia...
Ya Allah. Curahkan segala kebaikan rahmat
Mu pada kedua ibu bapa kami dan kedua ibu bapa guru guru kami yang dengan. Izin
Mu adalah apa. Yang kami perolehi hari ini...
" Wahai guru sampaikanlah kebenaran
walau dimana dikau berada..."
Rabbana atina fiddun ya hasanah wafil
akhiratI hasanah waqina azabannar
Wasolollah hu ala Muhammad
Walhamduliilah hirrabbil aalamiinnn...
SELAMAT HARI GURU 2015
No comments:
Post a Comment