MENGENAI SAYA

My photo
Pengasas Rawatan Alternatif Qalbun Rahmah. Pengamal kaedah rawatan alternatif fizikal dan spiritual. 09-9554930 / 019-9123963 (HOT LINE) / 012-9561020 Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Monday, June 9, 2014

PERINGATAN UNTUK PENGUNJUNG BLOG QALBUN RAHMAH


Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Qalbun Rahmah. Terima kasih diatas lawatan ANDA ke blog ini, mudah-mudahan ia akan memberi manafaat kepada anda semua. Untuk pengetahuan anda, blog ini sekadar ingin berkongsi maklumat, perkhidmatan dan pengalaman dalam soal rawatan dan keilmuan serta pelbagai produk exotik seperti kayu-kayu ajaib, teras-teras kayu, pelbagai jenis batuan, batu permata, tasbih, tongkat, cincin, keris dan sebagainya.

Sebagai seorang Islam mahupun non muslim saya MEWAJIBKAN anda membaca panduan dan tatacara penggunaan medium Qalbun Rahmah di sebelah KANAN blog ini sebelum anda mendapatkan perkhidmatan, pengajian kelimuan dan produk-produk dari kami. InsyaAllah kami akan memberikan perkhidmatan rawatan terbaik , pengajian keilmuan termurah dan pelbagai produk yang istimewa untuk anda TETAPI diingatkan kami tidak mempunyai kuasa KUN FAYAKUN sebagaimana kudrat Allah swt.

Berhati-hatilah dalam soal keyakinan anda kepada sesuatu perkara seperti dalam soal rawatan, pemagaran spiritual untuk diri, rumah, gudang, batu-batu permata, tasbih dan sebagainya kerana kami tidak mahu anda syirik dan kufur kepada Allah swt Tuhan Pencipta Alam ini . Sekali lagi kami ulangi kami tidak mampu dan memiliki kuasa KUN FAYAKUN milik mutlak Allah swt. Kami  hanya mampu menyediakan perkhidmatan dan produk yang TERBAIK selebihnya hanya Allah swt sahaja yang mampu menunaikan hajat atau hasrat anda. Jika kami mempunyai kuasa KUN FAYAKUN, kami tidak akan mengenakan mahar pengajian mahupun menjual produk-produk kami dengan harga seratus dua tetapi jutaan atau billion ringgit. Cuba anda lawati blog-blog yang menjual barangan kebal (umum) berapa harganya??? 

AMARAN KERAS!!! Sekiranya anda begitu yakin dengan perkhidmatan dan produk kami MENYAMAI kudrat Allah swt SILA BEREDAR dari blog ini, kerana kami tidak mahu menjadi penyebab anda SYIRIK dan KUFUR kepada Allah swt.

Untuk makluman anda semua, kami warga Qalbun Rahmah begitu yakin atas keaslian produk kami sehingga ia dapat diuji secara langsung seperti teras kelor, kayu arasy, kayu larak dan beberapa produk yang lain, tetapi ia juga tetap bergantung kepada keizinan Allah swt. Saya TIDAK PERNAH memberi jaminan untuk pengujian secara langsung untuk kayu tas, kayu penunduk, raja kayu, bulu tumpat dan lain-lain. Jika anda ada menemui artikel saya yang memberi jaminan ini sila beritahu saya dengan SEGERA agar saya dapat membaiki kesilapan JAMINAN ini.

SEKALI LAGI saya tegaskan bahawa hanya beberapa produk sahaja seperti teras kelor, kayu arasy, kayu larak salah dan beberapa produk lain yang BOLEH ditest secara langsung dengan izin Allah swt. Jangan pula anda mengambil kayu tas daripada kami lalu pergi mengadap anjing yang garang dengan keyakinan GERENTI anjing itu lari!!!!! Jika anda menyakini sedemikian anda telah syirik kepada Allah swt kerana menyakini kayu tas ciptaanNya boleh bertindak sedemikian. Ingatlah kita hanya berusaha dengan ciptaanNya selebihnya Allahlah yang berkuasa menunaikan hajat kita itu. 

Selain daripada itu kami juga ingin mengingatkan bahawa setiap perkhidmatan atau produk yang kami tawarkan  ia mempunyai SYARAT-SYARAT TERTENTU seperti tempoh penghantaran, tempoh membuat produk, tatacara pengujian produk dan bayaran deposit kerana kami terpaksa membayar deposit kepada pekedai ataupun tukang yang membuat produk anda. Tempoh masa pengeposan dan penghasilan produk biasanya antara 3-7 hari bergantung kepada perjalanan pos dan tukang yang membuatnya. Kami tidak memiliki kedai sendiri atau pun membuat sendiri produk-produk tersebut seperti cincin, loket, rantai, tasbih, tongkat dan lain-lain. Jangan minta kami siapkan dalam masa satu hari dan satu hari pengeposan untuk sebentuk cincin walau apa alasan anda kerana kami tidak mungkin menunaikan permintaan anda itu.

Sepanjang saya mengendalikan blog Qalbun Rahmah ini dan menjadi perawat hampir 14 tahun, alhamdulillah saya hanya menemui 2 orang sahaja pelanggan yang berperangai pelik sebagaimana yang saya nyatakan diatas.Untuk itu dengan rasa rendah diri SEKALI LAGI kami meminta anda membaca syarat-syarat yang kami berikan sebelum berurusan dengan kami samada untuk tujuan rawatan, pengajian kelimuan atau membeli produk-produk Qalbun Rahmah. Setiap pembelian TIDAK akan dibenarkan untuk pemulangan keilmuan atau produk yang dibeli tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Akhir kata, sekali kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian anda melawat blog Qalbun Rahmah ini. Berurusanlah dengan bijak dan saling percaya mempercayai. Kami sekali-kali tidak memaksa anda mempercayai kami dan memaksa anda mendapatkan apa sahaja yang kami tawarkan dalam blog Qalbun Rahmah ini. Sebelum berurusan dan mendapatkan perkhidmatan kami, kami syorkan anda membuat solat sunat istikarah terlebih dahulu agar pilihan anda tepat dan diredhai oleh Allah swt.

Terima Kasih. Mstr Ki - Qalbun Rahmah. 019-9123963 / 012-9561020 / 09-9554930

TERBARU !!!! Sila lawati blog Produk Istimewa Qalbun Rahmah untuk mendapat teras istimewa - TERAS BETIK... 
(klik disini)


No comments: