“Sebaik-baik manusia adalah yang paling
bermanfaat untuk manusia lain.”
(Al Hadits)
128. Sesungguhnya
telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi
Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang
ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia
pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang
beriman.
129. kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan
memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku
berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."
Alhamdulillah bersyukur pada Ilahi kerana masih memberi kesempatan kepada Tok menghirup udara segar di alam maya ini. Semua dari kita pasti mahu menjadi manusia yan paling bermanfaat untuk manusia lain. Ini kerana ia merupakan suatu sumber ibadah yang dapat memberi manfaat kepada kita di dunia dan akhirat. Apabila mati sahaja anak Adam ada 3 perkara yang mengikutinya, 2 darinya ikut pulang bersama ahli keluarganya ; hanya 1 sahaja yang akan tetap bersamanya iaitu amalannya.
Oleh yang demikian kami warga Qalbun Rahmah berusaha sedaya upaya untuk membantu anda samada muslim atau non muslim merungkaikan segala permasalahan yang dihadapi seperti penyembuhan penyakit, kerezekian, kelewatan jodoh , masalah rumahtangga, masalah anak-anak dan sebagainya.
Untuk itu sedikit makluman yang ingin disampaikan, iaitu mengenai mahar rawatan dan perkhidmatan Qalbun Rahmah juga telah mengalami perubahan sejajar dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Misalnya kos rawatan jarak jauh, kos rawatan solat hajat dan kos rawatan pemagaran rumah/kedai telah dinaikkan sedikit. Oleh itu pihak kami berharap kepada anda yang ingin mendapatkan pkhidmatan dari kami hendaklah menghubungi kami terlebih dahulu.
Master Ki : 09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963
No comments:
Post a Comment