MENGENAI SAYA

My photo
Pengasas Rawatan Alternatif Qalbun Rahmah. Pengamal kaedah rawatan alternatif fizikal dan spiritual. 09-9554930 / 019-9123963 (HOT LINE) / 012-9561020 Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Monday, February 25, 2013

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw yang mulia lagi diberkati. Apabila disebut ayat Kursi sudah pasti ramai diantara kita yang sudah biasa mendengarnya. Malah sudah biasa dibuat amalan harian. Tetapi tidak ramai yang tahu mencungkil rahsia pendamping surah yang mulia ini.

Pada kali ini Tok ingin berkongsi satu kaedah pengamalan ayatul Kursi yang amat jarang diperbincangkan. Ini kerana untuk mengamalkan ilmu ini, ia memerlukan tatacara tertentu dan tidak boleh dipermain-mainkan. Tahniah kepada saudara/ri kerana memilih ilmu ini sebagai suatu usaha untuk memudahkan segala urusan anda dunia dan akhirat. Niatkan di dalam hati sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.

BERIKUT SEBAHAGIAN KELEBIHAN AYAT KURSI.

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”


KAEDAH MEMOHON BANTUAN KHADAM AYAT KURSI

  
Sebelum beramal dengan amalan ini, anda hendaklah meletakkan kekuasaan Allah mengatasi kekuasaan makhlukNya. Jangan iktikadkan kita memohon bantuan dari makhlukNya tetapi niatkan sebagai ikhtiar sebagaimana kita memakan ubat untuk kesembuhan dari penyakit.
   
      Anda hendaklah membaca ayat Kursi kaedah wakaf 9 sekali kemudian lafazlah ucapan/seruan ini khusus untuk menjaga diri, isteri-isteri, anak-anak dan harta benda kita dari segala kejahatan makhluk samada zahir mahu pun batin InsyaAllah Ada pun lafaz seruan berbunyi begini : .......... Hubungi Master Ki untuk mendapatkan keilmuan hebat ini di talian : 
 019-9123963 / 012-9561020





No comments: