MENGENAI SAYA

My photo
Pengasas Rawatan Alternatif Qalbun Rahmah. Pengamal kaedah rawatan alternatif fizikal dan spiritual. 09-9554930 / 019-9123963 (HOT LINE) / 012-9561020 Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Tuesday, March 30, 2010

TESTIMONI & GRADUAN QALBUN RAHMAH

(i). INGINKAN ZURIAT
En.Arzi dan Pn.Arina telah 3 tahun berumahtangga. Walaupun hamil 4 kali tetapi semuanya gugur. Mereka telah menemui Mstr Ki dan telah menerima rawatan utk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah kini mereka telah memperolehi seorang anak lelaki. Mereka menceritakan sepanjang rawatan itu pelbagai perkara yg pelik telah berlaku. Master Ki memberitahu mereka itu adalah gangguan makhluk halus yang mampu menghalang seseorang itu daripada hamil.

(ii). NENEK YANG UZUR (GANGGUAN SAKA)

Ust Abd.Halim mempunyai seorang nenek yang sangat uzur. Pelbagai usaha telah dilakukan utk merawat neneknya itu. Semasa Master Ki di bawa ke rumahnya nenek itu sudah tidak sedarkan diri dan anggota tubuhnya hanya ada kulit dan tulang sahaja , hanya nafasnya sahaja yang menentukan beliau masih bernyawa. Setelah diberi rawatan selama seminggu kemudian dia telah kembali ke rahmatullah.

(iii). ENCIK WAN BERJAYA MEMBUANG ENERGI NEGETIF

En.Wan telah mengalami pelbagai kesulitan dalam urusan kehidupanya. Beliau telah mendapatkan rawatan untuk memulihkan kembali aura negetif yang sentiasa menghalang usaha beliau. Alhamdulillah setelah sebulan lebih beliau mengamalkan amalan yang diberi oleh Master Ki kehidupannya telah berubah. Antaranya, permohonan pinjaman bank beliau telah diluluskan dan beliau merasa lebih bersemangat dan ceria sekali. Alhamdulillah.

(iv). ENCIK MASRAN DENGAN PERMATA PENGISIAN.

En. Masran begitu meminati ilmu-ilmu yg berkaitan dengan tenaga dalam dan kebatinan. Beliau telah menempah sebiji permata dari Qalbun Rahmah. Setelah beberapa bulan memakai permata tersebut dan mengamalkan amalan yang diberi, beliau dapat tubuhnya semakin bertenaga dan kuat sehingga beliau cuba mencucuk kulitnya. Alhamdulillah ia tidak memberi bekas pada kulitnya itu. Alhamdulilah diatas kurniaan Allah pada beliau itu.

(v). PUAN ROSNANI DENGAN GANGGUAN TOYOL

Pn. Rosnani begitu tertekan dengan kejadian kehilangan duit duit yang sangat kerap. Beliau memberitahu Master Ki bahawa kejadian itu bukan sahaja menimpa dirinya sahaja tetapi seluruh taman perumahannya. Oleh kerana ia tinggal di Pahang Master Ki telah membuat rawatan secara jarak jauh dan menghantar sejenis ramuan utk menghalang toyol tersebut dari terus mengambil duit Pn. Rosnani. Alhamdulillah selepas itu kejadian kehilangan duit secara misteri itu telah berakhir.

(vi). PELAJAR PINTAR DIGANGGU MAKHLUK HALUS

Pn.Murni dan En. Hassan mempunyai seorang anak yang pintar. Setelah 2 tahun belajar di Maktab Rendah Sains Mara anaknya itu menunjukkan sikap yang luar biasa. Daripada seorang ceria berubah menjadi pendiam dan menangis seorang diri. Setelah dibawa berjumpa dengan Master Ki beliau telah diberi rawatan sebanyak 2 kali. Alhamdulillah anaknya kini sudah boleh belajar seperti sediakala.

(vii). ENCIK FAKHRUL BERJAYA DALAM PENCARIANNYA

En. Fakhrul seorang yg suka mencari ilmu-ilmu mistik. Plbagai guru telah ditemui. Pelbagai barang mistik diberi oleh guru-guru beliau. Suatu hari beliau telah menemui blog Qalbun Rahmah dan beliau tertarik dengan ilmu-ilmu yg ditawarkan. Antara ilmu yg dipelajari ialah Nur Bayu Ilahi dan Hikmah Ar Razzaq. Alhamdulillah setelah beberapa lama mengamalkan ilmu-ilmu tersebut pelbagai perkara yang luar biasa berlaku kepada beliau antaranya beliau boleh mengesan makhluk-makhluk halus dan ramai pelanggan yang berkunjung ke kedai beliau. Alhamdulillah.

(viii). ENCIK ZALI DENGAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DIRUMAH

Semenjak En. Zali berpindah ke rumah baru, mereka sekeluarga tidak dapat tidur dengan tenang. Pelbagai bunyi yang aneh dapat didengar, kadang-kadang terasa kaki seperti ditarik oleh seseorang. Pelbagai usaha yang telah dibuat untuk mengatasi masalah ini namun tidak berjaya. Alhamdulillah setelah bertemu dengan Master Ki gangguan itu telah dapat diatasi. Pada mulanya En. Zali meminta Master Ki pergi ke rumahnya, tetapi atas nasihat Master Ki beliau hanya menyediakan bahan-bahan tertentu untuk pemagaran rumahnya. Pada malam pertama dibuat pemagaran terdengar pelbagai bunyi yang pelik sehingga ada seekor burung yang putus kepala berada disekitar rumah beliau. Alhamdulillah kini keadaan telah kembali pulih seperti sediakala.

(ix). MEMBUANG SUSUK

Pn. Suria ingin membuang susuk berlian yang dipakainya selama ini. Pelbagai pantang yang perlu dijaga menyebabkan Pn. Suria merasa sukar untuk diikuti. Pn. Suria telah diberi minum air rendaman teras kelor dan tidak lama kemudian kelihatan susuk berlian yang ditanam diwajahnya keluar secara perlahan-lahan. Alhamdulillah syukur diatas keberkatan teras kelor dari Qalbun Rahmah.

(x). PERMATA BERENERGI ALAMI
En. Amin bekerja sebagai warder penjara. Beliau telah membeli sebiji permata yang berenergi alami. Semasa di rumah Master Ki beliau diminta untuk melakukan ujian tetakan untuk melihat energi permata tersebut. Beliau tidak berbuat demikian di rumah Master Ki tetapi telah melakukan pengujian dengan cara hirisan menggunakan pisau yang sangat tajam. Pukul 12.00 malam beliau telah menelefon Master Ki dan memberitahu pengujian yang telah dilakukan. Ini sungguh memeranjatkan kerana tidak pernah sebelum ini pengujian secara hirisan dilakukan oleh Master Ki. Alhamdulillah di atas kurniaan Ilahi kepada En. Amin.


No comments: